Thursday 8 September 2011

Wajah blogger femes yang asli dan yang kartun

Ini adalah hasil kerja aku selama berblogging ni. Kisah asal di sebalik gambar-gambar blogger femes ni boleh korang tengok di blog utama aku. Sebelum tu apa kata tengok perbezaan yang mungkin boleh dapat dilihat antara yang asli dan yang kartun. Tak la hundred percent sama ya.

Durasi : 18minit bagi satu orang. Tapi bergantung kepada mood jugak. Heh.



Fatin Liyana yang cantik lagi bergaya ni aku saja je lukis. Sekadar mengisi masa lapang yang ada. Nak kata terlalu sama tu tak sebab aku saja buang braces. Hehe. Aku suka dengan gigi FL sebab cantik. Mata FL sah-sah tak sama. Sebab masa buat ni tangan tengah menggeletar. Wawawa. Mata dia patutnya lebih kecil sebab tengah senyum kan? hee..







Encik Eqbal Zack yang juga dikenali sebagai abang eq ni aku lukis bertujuan untuk berkongsi cerita mengenai beliau. Sebabnya abang eq ni seorang yang sangat-sangat menghargai dan menggunakan masa dengan sangat baik. So aku sangat-sangat salute la! Seorang student PHD, guru tuisyen ish...macam-macam lagi. Aku pernah menang salah satu contest abang eq. I light U. Dapat nombor dua dan dapat hadiah spotlight daripada IKEA....best. Lepas tu dapat pulak dua kad raya comel. Sangatlah gumbira hati ku ini.







Wajah yuyu dilukis sebab aku saja nak try sama ada aku mampu ke tak lukis sejibik macam wajah asal yuyu. Feedback yang aku dapat, hundred percent cakap sama. Alhamdulillah..walaupun tang mata tu tak la sama sangat kan...yang penting yuyu suka ini lukisan ma...siap sudi follow blog utama aku lagi. Terima kasih la ye sebab menghargai karya tak berapa nak hebat ni.







Aku lukis wajah ayeem sebab kebetulan dia buat satu blog lahanat untuk tatap blogger sebagai pengajaran,so aku saja nak promote blog terokayeem tu. Memang sakit hati la kalau singgah blog tu. Macam-macam widget hado. Huhu.



p/s: Jika berminat, sila emailkan karya anda  berserta watermark di ckecikcomeldani@yahoo.com. Saya akan kongsikan dan promote karya anda.


share your opinion

11 creative commentators:

Anonymous said...

sis ,cntik sgt2... bakat sis sgt myerlah.. suke tgk.. ici dh try buat gmbr kcg cartoon dgn excel ni.. susah juga..^^

einz said...

tu dye...sume blogger ngetop hado....huhu....gmmbo einz lak???ngeeeeee~guwo jep! ^_*

nurdani said...

@alya :terima kasih.hehe. boleh cuba banyak kali.insya Allah boleh buat dengan selamba je nanti

@einz : hahaha

merahitujambu said...

buat la satu gambar sy...real betul awok buat...kagum2

nurdani said...

@merahitujambu : meh le gambornya....:)

merahitujambu said...

betul ke ni??kang hantr malu jee...=p...nk hantr gak gambar leh kan..kan..

nurdani said...

@mrahitujambu : boleh je... :)

merahitujambu said...

dh hantr..tapi tetiba awok bukak harga..cmne??art trade boleh??

nurdani said...

@merahitujambu : harga?? free je la yunk

vendoline said...

cntik gak kartun ni,,,hehe

Nur-nba said...

Kalau beritahu mereka, tentu mereka suka.

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free