Thursday 29 September 2011

Bakatnya terserlah melalui seni digital

Di blog utama, aku banyak post tutorial bagaimana nak buat doodle (orang, kereta dan lain-lain). Sejak daripada tu ramai yang mula membuat doodle sendiri dan memang membuatkan aku happy sebab ke semuanya berjaya mendodol doodle.

Sangat kreatif. Ini dah terbukti yang kita semua ada bakat dalam seni dan yang membezakannya cuma tahap dan minat je.

Puan Zarini Junita Jamaludin adalah seorang isteri, ibu dan juga blogger yang pernah belajar di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Geology. Ini adalah salah seorang blogger yang mencuba bakat dalam seni menggunakan excel ni. Di bawah adalah karya-karya yang dah dilukis olehnya. Memang superb!

Setelah aku mewawancara blogger ni, aku dapat tahu yang bakatnya dalam seni memang daripada kecil lagi. Bapanya adalah seorang guru seni di sekolah.

Cuma selepas jumpa blog aku yang banyak ajar teknik lukis menggunakan excel, Puan Zarini memantapkan lagi skill melukisnya. Dan tengoklah hasilnya.......arghhh....cantik!!! Bangga i tau....muahahaha.

















Ini blog fashion gallery milik Puan Zarini (blognya hasil tangan aku sendiri.cantik ke tak,cer pergi tengok).




p/s: tahniah kepada semua student aku yang berjaya mengaplikasikan Microsoft Office Excel 2007! (ceh tak boleh belah panggil student. muahahaha!!!!)
share your opinion

4 creative commentators:

merahitujambu said...

mantap kot...terbaik2

nurdani said...

@merahitujambu: terbaik!

keri ikhwan said...

tolongla jgn upload bnyak sngat doodle/lukisan yg cantik2, jeles la. upload yg buruk2 dahle.. :)

Nur said...

Tahniah Dani... dah ada nak murid yang berjaya :)

Berkat perkongsian ilmu dari Dani tentu ramai lagi yang boleh belajar melukis guna Excel.

 

Ping your blog, website, or RSS feed for Free